Senin, 04 Juni 2018

TAQWA



Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.

Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada semua perintah Allah.

Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:
- Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). 
- Kedua, bermakna taat. 
- Ketiga, mengandungi maksud menyucikan hati daripada dosa. 

Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudarat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa". 

Definisi taqwa yang terindah adalah yang diungkapkan oleh Thalq Bin Habib Al’Anazi:

العَمَلُ بِطَاعَةِ اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، رَجَاءَ ثَوَابِ اللهِ، وَتَرْكِ مَعَاصِي اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، مَخَافَةَ عَذَابِ اللهِ

“Taqwa adalah mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya Allah (dalil), mengharap ampunan Allah, meninggalkan maksiat dengan cahaya Allah (dalil), dan takut terhadap azab Allah”. (Siyar A’lamin Nubala, 8/175)

Wallahu a'lam.

Antara ciri ciri org bertaqwa (utk kita mengenalinya) yg sudah semestinyalah seorg yg muslim dan mukmin,
1. Bersifat pemurah dlm keadaan senang dan susah
2. Penyabar tidak mudah marah (menahan marah)
3. Pemaaf, mudah memaafkan, tidak berdendam
4. Suka berbuat kebaikan, menolong, membantu, memudahkan org lain
5. Sentiasa ingat kpd Allah swt, yg bila melakukan kesalahan dan dosa segera ingat, minta ampun dan bertaubat.
Demikian yg dpt disimpulkan dr ayat ayat 134, 135 Surah Ali Imran.
Mk akasnya, tidaklah org bertaqwa itu bakhil, tidak juga mudah marah, tidak juga pendendam sukar memaafkan, tidak juga yg suka mempersulitkan urusan, dan bukan juga yg jenis sering lalai dan melupakan dosa dan kesalahan.
Bgmnkah kita ?


Fahaman saya ttg taqwa ;
Sentiasa ingat kpd Allah swt dan berhati hati dlm menjalani kehidupan agar tidak mendtgkan murka Allah swt.
Sentiasa melakukan dan mencari jalan yg mendtgkan suka Allah swt kpdnya.
Sentiasa minta ampun dan taubat di atas segala dosa kesalahan dan kelemahan serta kelalaian diri.
Meyakini Allah swt sentiasa Mengawasi dirinya.

Beramal tanda Islam,

Bersungguh dan ikhlas tanda iman,
Akhlak yg baik tanda taqwa.


Tanpa Nama27 Jun 2015 4:47 PTG

Beza "allazina aamanu" dgn almukminun ,

allazina aamanu, org org yg ada iman dlm hatinya (walau mungkin sedikit, tipis, cacat dan tidak sempurna), yg mengakui, percaya dan yakin kpd rukun iman yg enam, iaitulah org org Islam, ahli Kalimah Syahadah.
almukminun adalah org org mukmin, yg sempurna imannya. Bukan hanya percaya dan yakin dgn rukun iman yg enam, tp juga yg khusyuk solatnya, menunaikan zakat, meninggalkan yg sia sia, menjaga kehormatannya, menepati janji janjinya, amanah, menjaga solat, gementar hatinya bila diperingat dgn Allah swt dan bertambah imannya bila mendgr ayat ayat Allah swt dibacakan kpdnya.

Beza "allazinattaqa" dgn almuttaqun,

allazinattaqa, org org yg ada rasa taqwa dlm hatinya, ada rasa takut dan harap kpd Allah swt, takut akan MurkaNya, Ketidak-PedulianNya, takut akan azab azabNya, sentiasa pula mengharap akan ampunanNya, rahmatNya dan redhaNya serta balasan baik drNya, yg kerananya dia sentiasa berusaha menunaikan dan melaksanakan segala perintah, suruhan dan anjuranNya, serta berusaha menjauhi segala larangan dan tegahanNya. Semestinyalah dia seorg yg bukan sahaja muslim tp juga seorg mukmin sejati.
almuttaqun adalah org org yg bertaqwa, yg sempurna taqwanya, semestinya seorg muslim dan mukmin sejati yg sempurna imannya, taat dan patuh kpdNya, memperbnyk yg disukaiNya, berusaha keras menjauhi yg dibenci dan dimurkaiNya, segera minta ampun dan taubat bila tersalah terlanjur melakukan yg terlarang, ditambah dgn bersih hatinya mulia akhlaknya, jauh dr sifat sifat yg tercela, tenang tawaddu', pemurah, penyabar, pemaaf dan penyantun orgnya, sentiasa syukur dan qana'ah dgn apa pun ketentuan takdir Tuhan atasnya.


Islam seseorg dibuktikan dgn amal perbuatannya,
Iman dgn ilmu dan keyakinannya,
Taqwa dgn mulia akhlaknya.


Muslim itu sekurang kurangnya, tidak meninggalkan solatnya.
Mukmin pula sentiasa melazimi membaca dan tadabbur Al Quran.
Muttaqin pula, tak lepas lidah dan hatinya dr zikrullah.


Siddiqin pula adalah yg sempurna ciri ciri ketaqwaannya.

Seorg mukmin semestinyalah muslim yg sempurna syariatnya.
Seorg muttaqin semestinyalah seorg mukmin yg sempurna imannya.
Seorg siddiqin pula semestinyalah seorg muttaqin yg sempurna taqwanya.

Tanpa Nama30 Mei 2017 6:59 PG

"...dia (Habil) berkata : Hanyasanya Allah (swt) hanya menerima (qurban) dr org org yg bertaqwa." 5:27.

Hanya amalan yg disertai dgn taqwa diterima Allah swt.

Balas

Tanpa Nama19 Ogos 2017 5:48 PTG

Islam itu bermula dgn ikrar syahadatain dan dibuktikan dgn taat.

Iman itu keyakinan dlm hati dibuktikan dgn ikhlas, benar dan amanah, terzahir pula dgn sifat syukur, sabar dan tawakkal.

Taqwa pula dua buktinya, ihsan dan wara'. 
Ihsan bermakna sentiasa merasa diri dlm pengawasan Allah swt. 
Wara' pula sentiasa berhati hati agar jauh dr murka dan ketidakredhaan Allah swt.

Balas

Tanpa Nama13 Disember 2017 4:13 PTG

Muttaqin itu ;

Muhsin lg wara' ; sentiasa merasa dirinya diawasi Allah swt, dan menjauhi segala yg tak disukai Allah swt.

Tenang, tawaddu', lemah lembut dan bersopan santun.

Mudah (humble), lemah lembut, mudah didekati (mesra bergaul dgnnya), suka menolong / membantu.

Manis wajahnyanya, baik lidahnya, bersih hatinya, ringan tgnnya (suka membantu).

Pemurah, penyabar, pemaaf, penyantun, sentiasa zikrullah, sentiasa taubat.


Surah Al-Kahfi Ayat 1 - 10

* Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ay...


 http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/01/makna-taqwa.html?m=1